Tuesday, December 30, 2008

Minggu depan dah nak sekolah dah.........

31.12.08
Tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan. Nak pergi semula ke sekolah, jumpa kawan2 dan guru2 setelah lama cuti sekolah. Semua barang2 untuk ke sekolah dah beli. Cuma nak tunggu naik sekolah saja. Rasanya macam sekejap aje cuti dah nak sekolah. Pada cuti sekolah tahun ni saya dah pergi ke Telok Gorek, Ipoh, Gunung Ledang dan macam macam tempat lagi. 22-23 pergi ke Telok Gorek sebab ada hari keluarga di sana. Macam2 aktiviti di sana seperti mandi pantai, sukaneka dan merentas halangan, kutip kulit siput, tadabur alam dan macam2 lagi. 25-27 saya pergi ke Ipoh untuk pergi ke rumah sepupu saya di sana. Pada malam kedua saya di sana ibu saudara saya membawa saya ke gerbang malam. Ianya sama seperti pasar malam. Bezanya cuma di gerbang malam tiada menjual makanan. Pada awal cuti pula saya pergi ke Gunung Ledang. Itu saja cerita saya kali ini.

Friday, October 17, 2008

peperiksaan

18.10.2008
Peperiksaan akhir tahun di sekolah saya sudah semakin dekat. Ianya akan berlaku pada minggu hadapan. Sebenarnya minggu ini sudah bermula peperiksaan tetapi hanya bagi tahap 1. Itupun hanya matapelajaran agama sahaja. Minggu hadapan murid2 tahap 1 dan 2 akan menghadapi peperiksaan bagi matapelajaran akademik. Dan pada minggu satu lagi muri tahap 2 akan menghadapi peperiksaan bagi matapelajaran agama. Eiii.... Takutnya nak menjawab kertas peperiksaan. Saya harap saya dapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan kali ini.....

Sunday, October 5, 2008

pakai kasut umi


5.9.2008
Tahun ini kasut umi (yang umi pakai terasa sempit) menjadi kasut raya saya. Kasut itu adalah kasut baru umi. Tetapi umi berikan kepada saya kerana kebetulan saiz kasut sys dan umi saya sama. Jadi kasut itu menjadi milik saya. Lagipun tahun ini saya tak ada kasut raya. Sebab sebelum bulan puasa saya dah beli kasut baru. Kononnya nak pakai kasut tu tapi kasut umi dah muat pakai aje lah. Kasut tu pun cantik juga. Warna coklat, warna kegemaran umi. Baiklah, sampai di sini saja

SELAMAT HARI RAYA

Friday, August 29, 2008

my english essay

Yesterday evening, Kar Meng was cycling around the garden with his bicycle. While he was cycling, he saw many beautiful and colourful sunflowers. The sunflowers were very beautiful. When he reached near at the sunflower, he wanted to pluck a sunflower. Suddenly, a bee flew out. Kar Meng had put away his hand from the bicycle. Because of that, the bicycle lost the balanced and fell bown on the ground. Luckily, the bee had flew away and disappeared. "Ouch! It is very hurt", said Kar Meng. He said that he was hurt because his knee fell on yhe small stones. Many of his blood came out from his knee. He was crying because his knee was very hurt.

Ini adalah karangan bahasa inggeris saya di dalam kertas peperiksaan ujian bulanan 3 yang baru sahaja berlalu. Saya mendapat 13 markah per15markah dalam karangan ini.

Monday, July 28, 2008

Berita gembira

Isnin,28.7.2008

Hari ini, saya dapat berita gembira. Berita gembiranya adalah kelas kami akan belajar berzanji. Masa awal tahun waktu matapelajaran berzanji ditukar kepada sains kerana menurut ustaz yang sepatutnya mengajar kami berzanji tu, dia tak pandai nak mengajar berzanji. Sebenarnya dia pun tak tahu berzanji. Cikgu yang akan mengajar berzanji tu, dia mengajar sivik. Jadi tempat dia akan diganti cikgu yang mengajar kelas saya matapelajaran sains. Oklah, itu saja untuk kali ini.....


TAMAT

Friday, July 11, 2008

Besok Hari Kecemerlangan

JUMAAT.11.7.2008


ESOK pada hari SABTU, sekolah saya akan mengadakan mesyuarat PIBG dan hari kecemerlangan untuk peperiksaan akhir tahun 2007. Akhirnya saya mendapat tahu juga nombor periksa tahun lepas. Tapi yang tak syok nye ayah tak ada sebab kena pergi SHAH ALAM. Jadi umi lah yang kena hantar. Tapi umi hantar je. Yang temankan AHMAD. Namun begitu saya mendapat kegembiraan yang best sangat sebab dapat no 1. ALHAMDULILLAH......
Ok sampai sini aje lah ye.....

TATA... TITI....TUTU.........

Friday, June 27, 2008

dapat no 1

27.6.2008
Hari ini hari Jumaat. Saya gembira kerana guru kelas saya memberi saya nombor peperiksaan. Semua orang berdebar termasuklah saya. Akhirnya saya mendapat nombor saya. Saya betul2 tak sangka kerana saya mendapat nombor satu. Saya gembira sangat. Syukur Alhamdulillah. Kawan baik saya (Khaleeda), mengucapkan tahniah kepada saya. Saya harap saya akan dapat nombor satu lagi sekali pada peperiksaan akhir tahun nanti............................INSYAALLAH saya akan berusaha bersungguh2...............

Tuesday, June 24, 2008

macam2 ada kat sekolah

24.6.2008

Hari ini masa kemahiran hidup, kelas saya ada belajar cara menanam pokok& bahan2 nya. Lepas tu hari ini ada kerja rumah BM. Masa matapelajaran BI kat kelas kena speakng. Tak boleh cakap bahasa melayu. Tapi kat situ lah best sebab saya pernah jadi juara bercerita bahasa inggeris. Dari situ lah saya minat nak speaking. Dekat sekolah saya seorang pengawas. Kadang2 rasa best tapi kadang2 tak best. Lepas tu saya masuk PBSM. Hari tu dah belajar kawad. Besok saya ada perjumpaan. Jadi saya kena pakai baju PBSM. Saya suka hari Rabu minggu 2&4. Ada perjumpaan. Dah lah orang dah penat lah....... Jadi bye

Saturday, June 21, 2008

main musical chair

22.6.2008

Hari ini saya pergi ke kelas aulad(tempat tusyen). Cikgu saya menceritakan tentang kaum `ad yang Allah turunkan ribut petir selama 8hari 7malam kerana mereka tidak mengikut ajaran nabi Hud untuk menyembah Allah. Selepas cikgu saya menceritakan tentang kaum `ad, cikgu saya menyuruh saya & kawan2 buat origami kapal laut untuk digantung di kelas. Selepas itu kami bermain musical chair. Siapa yang tak dapat duduk kat kerusi masa muzik berhenti, dia kena jawab soalan. Baiklah saya dah penat ni. Jadi jumpa lain kali je la............

Wednesday, June 18, 2008

dapat kertas sains

19.6.2008
Pada hari isnin,16.6.08,guru sains saya memberi saya markah kertas peperiksaan sains. Saya mendapat 82%. Markah saya adalah yang paling tinggi.Selain daripada sains saya mendapat markah kertas peperiksaan kemahiran hidup/kh. Walau pun dapat 79% sahaja saya masih mendapat markah yang tertinggi di kelas. Saya harap saya akan dapat nombor satu sekali lagi seperti tahun2 yang lepas. Amin. Sebelum saya habiskan cerita ni, saya nak cakap hari ni sebenarnya cuti. Sebab tulah dapat tulis blog ni.Bye



CERITA DAH HABIS LA........................

Thursday, June 12, 2008

dapat novel untuk kanak2 yang baru

Alhamdulillah hari ini saya mendapat bungkusan novel kanak2 yang saya dan umi(emak saya) pesan dari galeri ilmu sdn.bhd. Di dalam bungkusan itu tadi bukan sahaja terdapat novel untuk saya, tetapi ada juga yang untuk umi saya dan abang(adik lelaki saya) dan untuk adik Yam(adik perempuan saya) juga ada. Buku2 yang untuk saya dan abang adalah bertajuk Sesat di ladang getah, Syaitan musuh kita dan Mangkuk tempurung nenek. Di dalam novel yang bertajuk Mangkuk tempurung nenek itu mempunyai banyak cerpen2 lain yang sangat best kalau dibaca. Abang suka buka buku yang bertajuk Syaitan musuh kita.Saya sangat gembira kerana dapat buku2 yang saya mahukan.

salam perkenalan

Hari ini saya rasa gembira kerana saya sudah ada "blog" saya sendiri yang ayah buatkan untuk saya. Semoga saya dapat menulis perkara yang best dalam "blog" saya.