Thursday, March 19, 2009

Pergi ke Shah Alam

Bunga tulip berwarna unggu

Di pintu masuk Taman empat musim

20.3.09


Sekejap sangat rasanya cuti kali ni. Rasa macam baru cuti sehari aje. Hari Isnin dah nak gi sekolah lagi.


Tapi hari Sabtu minggu lepas saya ada pergi ke Shah Alam bersama keluarga. Kami pergi ke Taman iklim sederhana empat musim. Masa tu awal musim bunga. Cuaca masih sejuk tapi bunga2 nya semua dah kembang. Cantik sangat.


Bila dah habis aktiviti di Taman empat musim, kami pergi pula ke seksyen 3 untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di kedai makan 'sup power utara'. Kami sekeluarga telah memesan sup daging.


Selepas makan tengahari, kami terus pergi Hotel UiTM untuk daftar masuk. Kami mandi dan solat di bilik hotel. Besoknya pula kami pergi ke Tasik Shah Alam selepas sarapan pagi. Bukan setakat untuk melihat tasik, tetapi untuk mengambil gambar2 menarik yang ada berdekatan tasik.


Pada pukul 12 tengahari hari itu, kami telah mendaftar keluar. Kemudian ayah membawa kami semua ke Putrajaya. Ayah membawa kami ke Masjid Putra. Kami solat zohor di sana. Sebelum masuk waktu zohor, kami sempat bergambar di tepi tasik berdekatan dengan masjid.


Pada pukul 3 petang kami makan tengahari di R&R Seremban. Saya makan nasi berlaukan ayam masak merah, Ahmad berlaukan ayam kari. Manakala ayah dan umi berlaukan asm pedas ikan pari dan sedikit sayur. Ini adalah pengalaman saya semasa cuti sekolah kali ini.