Tuesday, November 17, 2009

Hari penyampaian hadiah


Hari ini saya telah mendapat sebuah piala pada hari penyampaian hadiah kerana saya telah mendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun yang telah berlalu beberapa minggu yang lalu. Dalam gambar ini saya sedang memakai baju jururawat. Ini kerana masa tu saya nak kena buat persembahan.Oklah ini saja coretan sayakali ini bye............

Thursday, October 29, 2009

Peperiksaan

30.10.2009
Pada minggu ini saya telah menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Berdebar sungguh rasanya ketika menghadap kertas peperiksaan. Ianya berlaku serentak dengan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa). Minggu hadapan saya akan berhadapan dengan satu lagi hari peperiksaan iaitu hari Isnin. Kertas peperiksaan yang akan saya hadapi ialahseperti berikut:

1.Tauhid
2.Pendidikan Seni
3.Al-lughatul Quran
4.Kemahiran Hidup

Saya harap saya berjaya mendapat keputusan yang baik. Setakat ini saja post saya kali ini.........

Friday, August 14, 2009

Dah nak puasa rupanya..

14.8.2009
Dah lama rasanya saya tak update blog ini. Bukannya tak sempat. Cuma malas je. Sedar tak sedar sekejap lagi semua umat Islam dah nak puasa dah. Insyaallah 22 0gos ini kita akan puasa. Tinggal seminggu aje. Sabtu minggu depan dah puasa. Eee.. Tak sabarnye nak puasa. Pada bulan Ramadan, kita boleh mengumpul banyak pahala dengan beramal ibadah. Pada bulan Ramadan juga, kita mesti mengawal hawa nafsu kita. Selain itu, ada juga malam LAILATUL QADAR. Ianya berlaku pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Itu saja la untuk catatan saya kali ini.


selamat berpuasa

S E LAMAT BERPUASA

Thursday, March 19, 2009

Pergi ke Shah Alam

Bunga tulip berwarna unggu

Di pintu masuk Taman empat musim

20.3.09


Sekejap sangat rasanya cuti kali ni. Rasa macam baru cuti sehari aje. Hari Isnin dah nak gi sekolah lagi.


Tapi hari Sabtu minggu lepas saya ada pergi ke Shah Alam bersama keluarga. Kami pergi ke Taman iklim sederhana empat musim. Masa tu awal musim bunga. Cuaca masih sejuk tapi bunga2 nya semua dah kembang. Cantik sangat.


Bila dah habis aktiviti di Taman empat musim, kami pergi pula ke seksyen 3 untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di kedai makan 'sup power utara'. Kami sekeluarga telah memesan sup daging.


Selepas makan tengahari, kami terus pergi Hotel UiTM untuk daftar masuk. Kami mandi dan solat di bilik hotel. Besoknya pula kami pergi ke Tasik Shah Alam selepas sarapan pagi. Bukan setakat untuk melihat tasik, tetapi untuk mengambil gambar2 menarik yang ada berdekatan tasik.


Pada pukul 12 tengahari hari itu, kami telah mendaftar keluar. Kemudian ayah membawa kami semua ke Putrajaya. Ayah membawa kami ke Masjid Putra. Kami solat zohor di sana. Sebelum masuk waktu zohor, kami sempat bergambar di tepi tasik berdekatan dengan masjid.


Pada pukul 3 petang kami makan tengahari di R&R Seremban. Saya makan nasi berlaukan ayam masak merah, Ahmad berlaukan ayam kari. Manakala ayah dan umi berlaukan asm pedas ikan pari dan sedikit sayur. Ini adalah pengalaman saya semasa cuti sekolah kali ini.