24.9.2010
Yay! Hore!!! UPSR dah habis. Dah boleh nak berhari raya. Semalam saya baru habis kertas terakhir UPSR. Dan ....MERDEKA. Kebanyakan kawan2 saya melaungkan perkataan itu walaupun 31 Ogos dah lama berlalu. Kami semua seperti baru terlepas dari penjara yang diberi nama UPSR. Tapi, merdeka yang kami kecapi hanyalah sementara. Kami (murid2 SRAB Segamat) akan duduki satu lagi peperiksaan besar iaitu SDEA (Sijil Darjah Enam Agama). Periksa yang ni lagi THRILL sebab kitorang kena score bukan setakat 5 tapi 9A. Hmm.. tapi ape pun saya nak cuba sedaya upaya untuk dapatkan 9A dan harumkan nama sekolah. Oklah sampai sini je la ye. Ta ta..
Thursday, September 23, 2010
Berlalulah sudah UPSR, 3 hari periksa..........
Posted by Kakak at 7:38 PM 0 comments
Tuesday, August 10, 2010
Percubaan
Posted by Kakak at 5:46 PM 1 comments
Thursday, July 1, 2010
keputusan
1.7.2010
Hari ni hari terbuka sekolah saya. Jadi, dapatlah keputusan periksa tengah tahun yang baru melabuhkan tirainya beberapa minggu yang lalu. Nak tau saya dapat no. berape? No. 3 je. Tak gembira rasanye. Selama ni paling teruk pun cuma dapat n0. 2 je. Tak pernah dapat no. 3.Mungkin sebaba periksa kali ni, saya banyak main, tengok tv, main komputer, baca novel, baca komik, dan banyak lagi. Sebab tu le dapat keputusan camtu. Hmm.... Haritu ada juga dapat keputusan UPPM 1 & 2. UPPM 1 dapat 4A 1B. UPPM2 pulak dapat 5A. Tapi dapat 5A pun no. 3 jugak. Ada juga dapat keputusan UPKK ( Ujian Penilaian Kelas Kafa). Teruk !!!!!. 7A 1C. Ape yang C nye? Sirah. Tak tau la camne bleh dapat C. Hmm.. Sampai sini sajelah saya nak cakap. Buat kwn2 yang nak peksa, study hard. Jangan ikut perangai buruk (malas) saya ni ye.. Bye
Posted by Kakak at 5:13 AM 0 comments
Monday, March 15, 2010
SELAMAT BERCUTI!!!!
16.3.2009
Selamat bercuti saya ucapkan kepada kawan2 semua. Semua orang memang suka cuti sekolah. Termasuklah saya. Tapi, cuti sekolah kali ini saya terpaksa pergi ke kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hmm.. Memang lah malas sebab orang lain cuti saya kena pergi sekolah. Tapi, untuk kebaikan saya juga. Saya nak ambik UPSR tahun ni. Jadi, kena lah usaha lebih sikit. Nak tambah ilmu.... hehehe.. Itu sajelah saya nak cerita kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain entry.
Posted by Kakak at 11:26 PM 0 comments