Friday, April 29, 2011

Saya kembali!!!

29.4.2011
Saya kini kembali!! Setelah seberapa lama tidak mendapat ilham untuk menulis, hari ini saya kembali dengan umur baru dan semestinya sekolah baru. Nak tau sekolah ape?? Ini dia......




Itu dia.. Sekolah kebanggan saya, Sekolah Menengah Ibn Khaldun. Di sini pelajar putera dan puteri diasingkan kelas. Kami pun turut belajar bahasa arab dan subjek2 deeniah. Sebjek2 itu dipelajari dalam bahasa arab. Yang menarik nya baju sekolah kami pun lain daripada sekolah menengah lain. Cuba teka warna ape? Jawapannya purple.... Cantik kan. Kami punyer hari ko-kurikulum pun lain. Orang lain hari Rabu kitorang hari Jumaat. Dan semua pelajar puteri adalah Puteri Islam. Memang pelik tapi benar....
Baru2 ni sekolah saya mengadakan Mini Mahrajan Thaqafi. Ianya lebih kurang macam hari kantin atau karnival pendidikan. Ada jual makanan, baju, dll.. Tapi ini cuma mini je. Kalau yang besar-besaran lagi meriah. Tapi yang itu tahun depanlah hehehe... Best jugak masa tu dapat beli macam2... - Ini Athilah dan Salwa -

- Ini gambar kandid!! -

- Iffah dan saya.. -

- Dari kiri: Hazlin, Iffah, saya, Afiqah -

- Ini pun gambar kandid (buruknyer muka) -


-insyirah dan afiqah -


- Ini Intan -


Ini sume gambar yang ditangkap masa mahrajan thaqafi. Gambar intan special sikit sebab semalam dia baru menyambut hari lahir ke 13.. Semoga dimurahkan rezeki. Ini saje le yang dapat dicatatkan kat sini. Semoga terhibur.............









Thursday, September 23, 2010

Berlalulah sudah UPSR, 3 hari periksa..........

24.9.2010
Yay! Hore!!! UPSR dah habis. Dah boleh nak berhari raya. Semalam saya baru habis kertas terakhir UPSR. Dan ....MERDEKA. Kebanyakan kawan2 saya melaungkan perkataan itu walaupun 31 Ogos dah lama berlalu. Kami semua seperti baru terlepas dari penjara yang diberi nama UPSR. Tapi, merdeka yang kami kecapi hanyalah sementara. Kami (murid2 SRAB Segamat) akan duduki satu lagi peperiksaan besar iaitu SDEA (Sijil Darjah Enam Agama). Periksa yang ni lagi THRILL sebab kitorang kena score bukan setakat 5 tapi 9A. Hmm.. tapi ape pun saya nak cuba sedaya upaya untuk dapatkan 9A dan harumkan nama sekolah. Oklah sampai sini je la ye. Ta ta..

Tuesday, August 10, 2010

Percubaan

11.8.2010
Pada 27-29 Julai saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR.Keputusannya telah saya peroleh pada hari Isnin. Anda nak tahu keputusannya? Betul betul nak tahu?
Jeng.. jeng.. jeng....... 5A. Inilah keputusannya. Saya bangga dengan keputusan ni.
Berikut adalah markah yang saya peroleh dalam mata pelajaran UPSR:
BM 1: 90%
BM 2: 98%
MT: 94%
BI: 93%
SAINS:82% ( markah cukup-cukup makan je )
Ya itulah dia markah yang saya dapat. Yang lain ok. Sains je yang markah tak stabil. Saya tak tau lah camne nak buat. Saya dah buat dengan bersungguh-sungguh, bermati- matian (tapi tak sampai mati ye). Tapi, tak dapat jugak markah yang bagus. Hmm.. takpelah sampai sini saje lah ye. Wassalam dan Selamat menunaikan ibadah puasa.

Thursday, July 1, 2010

keputusan

1.7.2010
Hari ni hari terbuka sekolah saya. Jadi, dapatlah keputusan periksa tengah tahun yang baru melabuhkan tirainya beberapa minggu yang lalu. Nak tau saya dapat no. berape? No. 3 je. Tak gembira rasanye. Selama ni paling teruk pun cuma dapat n0. 2 je. Tak pernah dapat no. 3.Mungkin sebaba periksa kali ni, saya banyak main, tengok tv, main komputer, baca novel, baca komik, dan banyak lagi. Sebab tu le dapat keputusan camtu. Hmm.... Haritu ada juga dapat keputusan UPPM 1 & 2. UPPM 1 dapat 4A 1B. UPPM2 pulak dapat 5A. Tapi dapat 5A pun no. 3 jugak. Ada juga dapat keputusan UPKK ( Ujian Penilaian Kelas Kafa). Teruk !!!!!. 7A 1C. Ape yang C nye? Sirah. Tak tau la camne bleh dapat C. Hmm.. Sampai sini sajelah saya nak cakap. Buat kwn2 yang nak peksa, study hard. Jangan ikut perangai buruk (malas) saya ni ye.. Bye

Monday, March 15, 2010

SELAMAT BERCUTI!!!!

16.3.2009
Selamat bercuti saya ucapkan kepada kawan2 semua. Semua orang memang suka cuti sekolah. Termasuklah saya. Tapi, cuti sekolah kali ini saya terpaksa pergi ke kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hmm.. Memang lah malas sebab orang lain cuti saya kena pergi sekolah. Tapi, untuk kebaikan saya juga. Saya nak ambik UPSR tahun ni. Jadi, kena lah usaha lebih sikit. Nak tambah ilmu.... hehehe.. Itu sajelah saya nak cerita kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain entry.

Tuesday, November 17, 2009

Hari penyampaian hadiah


Hari ini saya telah mendapat sebuah piala pada hari penyampaian hadiah kerana saya telah mendapat nombor satu dalam peperiksaan akhir tahun yang telah berlalu beberapa minggu yang lalu. Dalam gambar ini saya sedang memakai baju jururawat. Ini kerana masa tu saya nak kena buat persembahan.Oklah ini saja coretan sayakali ini bye............

Thursday, October 29, 2009

Peperiksaan

30.10.2009
Pada minggu ini saya telah menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Berdebar sungguh rasanya ketika menghadap kertas peperiksaan. Ianya berlaku serentak dengan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa). Minggu hadapan saya akan berhadapan dengan satu lagi hari peperiksaan iaitu hari Isnin. Kertas peperiksaan yang akan saya hadapi ialahseperti berikut:

1.Tauhid
2.Pendidikan Seni
3.Al-lughatul Quran
4.Kemahiran Hidup

Saya harap saya berjaya mendapat keputusan yang baik. Setakat ini saja post saya kali ini.........