Thursday, September 23, 2010

Berlalulah sudah UPSR, 3 hari periksa..........

24.9.2010
Yay! Hore!!! UPSR dah habis. Dah boleh nak berhari raya. Semalam saya baru habis kertas terakhir UPSR. Dan ....MERDEKA. Kebanyakan kawan2 saya melaungkan perkataan itu walaupun 31 Ogos dah lama berlalu. Kami semua seperti baru terlepas dari penjara yang diberi nama UPSR. Tapi, merdeka yang kami kecapi hanyalah sementara. Kami (murid2 SRAB Segamat) akan duduki satu lagi peperiksaan besar iaitu SDEA (Sijil Darjah Enam Agama). Periksa yang ni lagi THRILL sebab kitorang kena score bukan setakat 5 tapi 9A. Hmm.. tapi ape pun saya nak cuba sedaya upaya untuk dapatkan 9A dan harumkan nama sekolah. Oklah sampai sini je la ye. Ta ta..